5.4.09

Nilai Satu Dollar

Penatnya kerja hari ni!! Setelah lama bertahan dan menpsychokan diri yang Tasniim Abd Rahman Boleh! Tasniim Abd Rahman Hebat! Tasniim Abd Rahman Hot! dan byk lagi, hari ini ialah hari super maut klimaks yang menyebabkan tasniim abd rahman kata: sgt penat...mahu give up...boleh x kalau x kerja...

Memang best kalau x kerja...hidup goyang kaki...sedar-sedar duit ada dalam akaun. Pergi makan lepas tu shopping beli baju 10dollar...minum caramel latte 3 dollar...makan sushi 2.50dollar...paegi jalan-jalan naik bas 3.20dollar...beli selipar 7.50dollar...beli chocolate croissant 2dollar dan semuanya diakhiri dgn je...

Lagi best dapat tidur sampai pukul sepuluh pagi, guling-guling cari idea, lepak-lepak cari idea, borak-borak cari idea, siar-siar cari idea dan makan-makan cari idea sebab rilek aaa masa banyak sangat bukan buat ape pon...

Tapi hakikatnya, dalam akaun tasniim muat-muat kehidupan. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, kais malam belum tentu lagi yang penting internet kat rumah kena lepas!

Hari ini ialah hari kesedaran nilai satu dollar. Fikirlah positif macam mana pun tapi kalau dah tahap mental tak boleh go memang akan terus jatuh. Rasa nak je cerita part tak boleh go tapi nanti jadi bahan cerita pula jadi baik tak payah cerita. Akibatnya jadi la posting kali ni kategori merepek lagi tidak bermakna campur cerita mengenai diri sendiri semata-mata.

aaa? baca lagi?

Ok.

Kepada ayah baby yang dah slim lagi makin kurang rambut akibat mencari rezeki untuk keluarga, siyes hari ni insaf...susahnya nak cari duit. Sakit hati betul bila dah tak sanggup kerja tapi kena kerja juga sebab kalau tak kerja macam mana nak hidup? takkan nak minta duit lagi? ohohoho makin kurang lah rambut ayah yang sudah kurang itu ayah baby.

Dalam keinsafan ini tadi terfikir dan terbayang beberapa senario yang selalu disalah tafsir akibat buta nilai. Antaranya ialah:

1. Terfikir kalau jadi lelaki. Susah betul kalau jadi lelaki sebab kena fikir macam mana nak dapatkan duit untuk tanggung anak orang dan juga anak sendiri. Kena jadi bank keluarga. Kena jadi kuat sebab walau apa pon jadi duit kena ada untuk bagi makan dan hidup yang senang buat keluarga. Kalau masih bujang...well....tak kan nak pakai duit mak ayah, bukannya anak perempuan, malu ar!

2. Terfikir kalau dalam keadaan tadi sebenarnya diri ini ialah seorang suami. Penat kerja, dalam bas fikir patut ke berhenti kerja cari kerja yang lebih berbaloi...gaji tinggi tpi kerja ringan...boleh ada masa lebih untuk diri sendiri. *Disebabkan imaginasi ini ialah lelaki jadinya kena la jadi jenis orang yg simpan perasaan* Balik rumah buka kasut, letak beg atas lantai, buka kemeja terus baring atas sofa kat ruang tamu sambil tutup mata tapi otak sebenarnya tengah cergas berfikir macam mana nak dapat banyak duit dengan senang...Bayangkan pula si isteri tak memahami pemikiran si suami. Apa lagi, nampak suami baring-baring rilek pulak! Amboi....orang dah penat masak, penat jaga anak, panat kemas rumah, orang nih boleh balik terus tidur! Memang kalau dalam imaginasi ini, kalau ada isteri yang bercakap walau sayang sepenuh hati pon takkan mampu nak bagi respon...suka hati la nak cakap apa...

3. Pastuh terbayang pula kalau menjadi lelaki yang tak kuat semangat, tak kuat mental, tak kuat emosi...balik rumah memang sambung komplen ar...masih tidak puas hati komplen kat kawan masa lepak kedai kopi, balik komplen kat isteri...ye ar! penat kerja!! Gaji sikit, kerja macam nak mati...mana boleh!! Tapi itu kalau jadi lelaki yang melauhkan perasaan... bayangkan pula lelaki yang lebih suka senyap. Balik rumah kena pressure sebab duit tak cukup...anak nak beli handphone, isteri nak beli periuk baru...bil elektrik dan air belum tentu boleh lepas lagi tapi macam mana nak bagitahu...tak sampai hati nak cakap tidak. Maka, di sini samada buat tak dengar sebab sayang atau terus lari rumah sebab diri seperti loser...tak layak jadi suami dan ayah orang.

4. ....kalau ibu tunggal...tak terbayang kesusahan diorang...

Kesimpulannya, susahnya cari duit...susahnya hidup susah...kesian Indon dan Bangla dan lain-lain warganegara yang bekerja kat Malaysia. Kesian student-student dari negara jiran yang datang belajar di Malaysia...setakat kerja Starbucks ( tu pon kalau dapat Starbucks) 13ringgit sejam...cukup ke?

Oh satu dollar kesayanganku,
ku sanggup menjadi kaki raksasa
berjalan seribu batu
dari berpisah dari mu

Oh satu dollar kesayanganku,
ku sanggup hilang gian
latte 3 sugars ku
dari kena kerja lebih untuk mu

Oh satu dollar kesayanganku,
kerana mu ku insaf
terima kasih ibu ayah
setiap ringgit nilainya tak terhingga

Oh satu dollar kesayanganku,
ku fikir seribu kali
hati berdebar-debar
berpisah denganmu

Oh satu dollar kesayanganku
walau kau menginsafkanku
tapi kau juga menyedarkan ku
sudahkah aku menjadi hamba
terikat dunia demi satu dollar?

Related Articles

0 comments: