10.4.09

cermin diri

tersebut kisah satu cerita ceritera zaman plastik
kehidupan nenek di fasa dewasa tak siapa warning
ilmu terkumpul di dada masih tak mencukupi
tatasusila yang diperap sejak bayi tak berfungsi
batas pergaulan sudah pun dimanipulasi sempadannya
kalau dulu ringgit tak pernah ambil kira
sebab ajaran ayah bonda rezeki itu bukan semata wang
tapi sekarang hati ini mengharapkan dollar
kerut ini memikirkan sukarnya kehidupan 20an
mata bundar jadi sepet tenung masa hadapan
perjalanan mengubah diri agar tidak berfikiran comel sentiasa
kerana banyak onak mengguris calar-calar kecil, halus tapi pedih
dari calar jadi luka, dari luka bernanah pula
hati dok fikir cara sembuhkan calar
padahal nanah sudah menular
pantas talian hayat dihubungi agar masih berpijak dibumi nyata
rupanya nenek masih diperlukan lagi
ada yang masih sayang, ada yang masih perlu, ada yang masih hormat
malah ada yang masih rasa nenek hebat
malah lagi ada yang jadikan nenek idola
terasa tulang-tulang hidup ini ada fungsinya
darah merah pedih ini ada ertinya
calar-calar merentasi parut-parut ini indah
tiada lagi nenek yang tulus mulus
alam dewasa ini terlalu abstrak
tiada amaran yang dapat diberi daripada pemakan garam
hanya didikan, cuma kasih sayang, sokongan talian hayat
yang dapat dijadikan tali pautan tatkala terbabas masuk gaung
pada hari ini, malam ini, saat ini...
terasa siapalah diri ini tanpa kasih sayangNya
sayunya hati masih disayangiNya
degup jantung ini bukti keagunganNya
talian-talian hayat tali kasihNya
semua ini tanda ada fungsi kewujudan diri ini
setiap yang berlaku ada hikmahnya
setiap insan dipersimpangan kehidupan adalah pelengkap
setiap titisan air mata membimbing diri agar tidak tersasar
setiap resah hati menginsafkan supaya lebih kuat, cekal,tabah
setiap yang berlaku membentuk keanggunan diri
maka, seluruh zarah bernyawa ini bersyukur kepada yang Satu
sungguh bermakna dan happening sekali kehidupan ini.

Related Articles

0 comments: