Usaha memahami Malaysia dan hak keistimewaan orang Melayu
Ada itu hari borak-borak dengan seorang pakcik tua berjiwa muda pasal ketuanan orang Melayu. Banyak gak informasi2, fakta2 dan hujah2 yang telah pakcik tu utarakan sampai berdesing telinga mendengar. Persoalan pemikiran naif yang bermain dalam pemikiran masa itu ialah kalau orang Melayu saja yang dapat hak istimewa, bagaimana dengan nasib kaum2 lain yg juga berwarganegara Malaysia? Diorang pun sayang Malaysia dan sangat patriotik. Saya yakin yang mereka juga sanggup mati untuk mempertahankan negara. Jadi, sebagai rakyat berketurunan Melayu yang kurang arif mengenai sejarah pembentukan Malaysia, saya telah berasa sangsi tentang kepentingan ketuanan Melayu di Malaysia ini.Uisshh, marah pakcik tua itu!
Katanya, ketuanan Melayu penting untuk menjaga kesejahteraan Malaysia itu sendiri. Sebenarnya, dalam akta ( lupe akta ape..) bukan sebut Melayu sahaja malah bumiputera, orang asli, puak2 yang dekat Sarawak dan Sabah dan kaum2 lain sebagai rakyat2 yang berhak mendapat hak keistimewaan. Kita asyik fikir Melayu lupa pula kat orang asli dan bumiputera yang lain. Bak soalan encik Whung di blog Stay True till the End, apakah yang telah dilakukan oleh melayu Tanah Malaya untuk membela bumiputera di Sabah dan Sarawak? Selfish dan sempit betul kita kalau asyik cakap pasal melayu je. Perasan best!
Artikel ini bukannya untuk memberi informasi atau hujah2 untuk menegakkan benang yang basah sebab saya sendiri baru nak explore2 mencari makna disebalik semua laungan ahli2 politik yang serabut kepala saya cuba faham apa yang nak disampaikan. Tujuan artikel ini dipostkan di sini hanyalah semata2 untuk berkongsi pemikiran confuse majoriti rakyat Malaysia yang tak ambil tahu pasal sejarah Malaysia tapi nak buat2 macam pakar dalam isu-isu negara padahal kebanyakannya didapati dari hasil perbualan di kedai kopi dan mamak atau sekarang dah beralih ke kopitiam.
Sukar untuk saya berkongsi informasi berfungsi daripada pakcik tua itu kerana kapasiti memori saya sangatlah rendah. Tapi, marilah kita cuba memahami kenapa Malaysia menjadi Malaysia yang kita kenal ni melalui website2 berikut:
3.
Sila usha video ini tanpa rasa bias. Dua2 pemimpin ni cuba sampaikan sesuatu mengenai ketuanan Melayu. Sama2 lah kita cuba faham...sebab saya pun masih cuba nak faham *___*
1 comments:
nice post ^^
not (just) the part on sarawak but especially on how everyone regardless of the color of their skin and the state they live in would die to defend the country.
ketuanan melayu (atau cina, india dan bangsa yg dikenali sbg "lain2") boleh ujud kalau tuan itu adil, tidak sombong, bersih and bijak memimpin.
Post a Comment