Yosssh!
'Masalah design ialah masalah dunia'- Fehy MeyhSaya sangat setuju.
Masalah dunia seronok untuk didiskusikan.
Tahap boleh borak sambil minum mocha setengah hari.
Habis borak siap boleh ada resolusi dan pelan yang strategik.
Nikmat dunia sebenarnya berfikir mengenai masalah dunia.
Bagaimana pula dengan membuat research dan laporan mengenainya?
woh oh...
Sangat tak seronok.
Tahap berjaga malam, minum Nescafe satu jug, bersekang mata pun tiada guna.
Ini bukan borak masalah atas angin.
Masalah research perlu fakta yang konkrit, maklumat yang jitu dan penyampaian yang mudah.
Satu benda yang sukar untuk dilaksanakan oleh rakyat yang suka merepek.
Tapi tidak mengapa. Bak kata Encik Hanafi, 'pantang maut sebelum ajal' di status Facebook nya.
Fuh...terus terjaga naluri pahlawan,
bingkas celik minda yang tangkas,
darah ini deras membawa adrenalin,
semua fokus tertumpu kepada bintang
yang nun jauh perlu dicapai,
hati menyambut seruan,
diri terus tercabar mahu terus maju!
ok cun! Yosssh!!
Tido jap...nanti sambung balik...
0 comments:
Post a Comment