1.9.09
Tokmak bb
Malam Sabtu itu berbuka puasa di rumah tokmak. " Kenapa jarang datang? Kereta mana?"
"Niim takde keta aa tokmak...belum dapat lagi"
"Hmm..ingat nak pegi pasar ke..shopping-shopping ke.."
" Niim dapat je keta, InsyaAllah Niim akan datang selalu pastu kita gi shopping kat kedai pokok bunga ok?"
Tokmak sudah hidup lebih 8 dekad. Masih kuat dan cergas.
Tasniim baru hidup kurang 3 dekad. Sudah ada rasa malas dan bagi banyak alasan.
Macam mana nak jadi wanita bionik seperti tokmak?
Berusaha yossh!
27.8.09
Semasa di Pasar Seni
Perbualan hati ke hati dua adik-beradik di depan pintu masuk Pasar Seni kat lot kedai pertama yang menjual barangan peraknenek:
fuiyoo...canteknye jam ni Fa! Klasik dan design dia sangat exquisite...nim nak...tapi tak mahu la beli sendiri, nak orang bagi.
sang dollah:
err...
nenek:
ok...nim cik abang nim yang bagi lah! Hee...
sang dollah:
kak nim ade cik abang ke?
nenek:
takde. Tapi kena cari aa sekarang sebab nim nak jam tuh..owh..and bracelet tuh juga! Nim tahu, nih untuk hantaran!
sang dollah:
Maknanya sebelum nih kaknim tak pernah fikir pasal nak kahwin ke?
nenek:
Tak. Baru nak fikir la ni hehe. Hmm...pernah fikir nak ada Levis jeans atas dulang...
Kesimpulan:
Sang dollah terpaksa dengar list hantaran dan wedding plan si nenek sepanjang perjalanan LRT ke Stesen Sentral.
Sejenak selepas Pasar Seni
Perbualan ilmiah dua adik-beradik di dalam kereta:sang dollah:
Naruto dah keluar...
nenek:
Naruto makin bosan.Nape Naruto makin lama makin tak bes?
sang dollah:
Orang lukis komik tuh dah malas..
nenek:
Agak aa...cincai betul lukisan, dah takde impak emosi dalam scene.
sang dollah:
drawings dah jadi kotak2, background dah tak detail, sayang betul Naruto dah tak macam dulu...One Piece gak yang best.
nenek:
A'aa One Piece best betul! Setiap drawing berjaya tunjuk emosi dan siyes nim rasa macam nim dalam cerita tu. Hebat btul!
Kesimpulan perbualan:
Mungkin Masashi Kishimoto nih kena H1N1, maka assisstant dia yg ganti lukis.