16.3.10

Fasa Bertunang~

Yup sudah bertunang.

Memang dah lama xupdate blog sebab sedang berada diawang-awangan terbang keriangan angkara pakcik merpati yang sangat sweet itu~aih...

Tujuan artikel ni?

Pakcik merpati tuh xbayar lagi fon dia maka sudah beberapa hari fon ini sunyi sepi...kurik...kurik...skang nih sampai tahap dah tak boleh tahan lagi maka memberontak di sini~ WAAARGGHHH!!

Apa perasaan bertunang?

Sangat lah lain daripada bercinta masa couple,
lain daripada cinta affair dan skandal,
lain daripada cinta teman tapi mesra,
lain daripada cinta kepada sahabat2 berlainan jantina,
kesimpulannya lain.

Kenapa lain?

Aha~
Lain sebab masa bertunang kita rasa secured.
Gaduh2 pon...alaa...nanti tahu akan baik semula.
Edisi merajuk boleh jadi over.
Sebab tahu member itu serius dengan kita.
Cinta,kasih kerana Dia.
Bak kata Evy, kahwin itu satu amalan yang dapat pahala.
Jadi, bertunang ialah proses ke arah amalan itu.

Kepentingan bertunang?

Bertunang bagi ruang untuk mengenali.
Kalau tengah couple, kita cover2 lagi.
Tapi bila tunang, masing2 mula mahu hak asasi.
Dah mahu, tuntut pula.
Tapi dah kata bertunang...
Masing2 masih ada ruang berkompromi.
Ada jarak untuk saling menerima.
Rumah sendiri ada untuk membawa diri.
Jadi, dah rasional bersua kembali.
Senyum bahagia merpati sejoli.

Benda paling best semasa bertunang?

Persediaan kahwin!
Walau tensi dan macam ada seribu lima perkara nak fikir,
yang paling best pakcik merpati sabooor je melayan dan bekerjasama...
walaupun setengah2 benda memang tak logik...dan permintaan mengada2 sahaja :D
Oh~ perasaan tunggu untuk kahwin pun best!
Lub dub...Lub dub....Lub dub...
disertai dengan:
Pu Tong...Pu Tong...Pu Tong...
Adrenaline rush yang best!~

Perubahan ketara apabila sudah bertunang?

Tetiba tumbuh sayap...semenjak itu asyik terbang je...belum turun2 lagi hehehe.

p/s: Sayang, cepatlah bayar bil fon tuh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!