10.9.09

Lagu van Abang Ujang: Terkenang Semasa Dulu oleh R.Azmi

Pernah tengok van warna oren yang berlabel 'bas sekolah' sekitar kawasan Bukit Damansara tak? Driver van tu selalu pakai cermin mata hitam ala2 80-an. Kerusi pemandu dia disarung pelampung berwarna-warni yang semasa 16tahun dulu pun dah pudar dek sinaran sang mentari.

Haaa...itulah bas Abang Ujang.

Abang Ujang yang berbicara pelat jawa tapi tak mengaku jawa, perasan hensem dan loyar buruk tahap kelas pertama. Kalau nak tahu, pelampung warna-warni itu ialah momento percubaan berenang merentasi sempadan laut Johor dan Singapura. Abang Ujang kata pelampung sangkut kat leher, apabila nak lemas, tiup la pelampung tu. Walaupun kesahihan cerita itu diragui, pelampung itu tetap menjadi trademark bas Abang Ujang buat sekian lamanya.

Maka, apa signifikasi Abang Ujang dalam kehidupan si nenek kebayan?

Hoho...kalau perlu tahu, sebelum si nenek kebayan menjadi nenek kebayan, nenek ialah si budak yang pendiam, malu2 meow dan sangat pemalu. Ketika dia naik darjah 4, Abang Ujang suruh dia duduk kat depan, kat passenger seat, fuiyooo...cuak sebab masa tu budak2 besar (perempuan aje) yang dapat duduk depan. Jadi, daripada saat itu bermulalah proses latihan loyar buruk Abang Ujang.

Proses latihan Abang Ujang nih ada banyak elemen. si nenek yang ketika itu si comel yang naif diajar untuk menjawab soalan2 teka-teki yang pastinya jawapannya sangatlah...bukan budusss tapi di luar jangkaan. * batuk..batuk...* Abang Ujang juga suka tanya soalan dan tak puas hati kalau jawapan yang diberikan biasa2 saja. Jawapan kepada soalan asas seperti 'apabila besar nak jadi apa?' perlu dijawab dengan huraian panjang lebar, ada unsur lawak budusss dan paling mantap kalau disertakan unsur sinis untuk mengenakan si penanya soalan kembali.

Kata Abang Ujang:
" Tasniim, ko belajar susah2, tinggi2 tapi kalau soalan senang pun ko tak boleh jawab macam mana ko nak berjaya? Lawyer berjaya bukan sebab dia pergi universiti, lawyer berjaya sebab dia loyar buruk! Tasniim kena pandai loyar buruk. Biar Abang Ujang ajar Tasniim..haaa..."

Maka, setelah 3 tahun di bawah latihan tubi setiap hari Abang Ujang semasa balik sekolah, pegi-balik sekolah agama dan sewaktu tunggu murid-murid second trip, si nenek makin berani tahap semua hujah Abang Ujang boleh dipersoalkan kenapa, bagaimana, betul ke, siapa dan lain2. Asal borak dengan Abang Ujang mesti macam bergaduh...dan selalunye si nenek la yang kalah tahap bengang, sakit hati nak nangis dan tahap maksima mahu saja belasah Abang Ujang dengan beg sekolah! Antara perkara best pasal ialah Abang Ujang tak kisah dipow tapi kena berjaya ayat dia untuk keluarkan duit seringgit untuk beli aiskrim daripada apek bawa motorsikal. Susah wooo...

Tapi sayang, apabila naik sekolah menengah Abang Ujang dipinggirkan. Bukan sebab sombong cuma masa tu, poyo2 rasa kurang manis berbicara dengan Abang Ujang secara mesra terlampau. Dah kata bukan budak2 lagi. Masa tu bajet2 matang dan dewasa aaa...kena jaga diri dan perlakuan lalaladotdotdot.

Asal tetiba teringat Abang Ujang?

Sang Dollah telah upload lagu 'Terkenang Semasa Dulu' oleh R.Azmi. Lagu ini ialah antara lagu berhantu bas Abang Ujang. Bayangkan 6 tahun dengar lagu yang sama berulang2 memang tahap hafal dalam tido pon boleh nyanyi. Video versi karoeke yang diupload oleh allynaaa kat bawah ni dipilih jadi 'feature' sebab semalam Sang Dollah pasang lagu kuat2 satu rumah dengar berulang2.

Masyuk...nostalgia betul.






p/s: Belum lagi mencapai tahap loyar buruk Abang Ujang ;)

Related Articles

0 comments: