10.9.09

Lagu van Abang Ujang: Terkenang Semasa Dulu oleh R.Azmi

Pernah tengok van warna oren yang berlabel 'bas sekolah' sekitar kawasan Bukit Damansara tak? Driver van tu selalu pakai cermin mata hitam ala2 80-an. Kerusi pemandu dia disarung pelampung berwarna-warni yang semasa 16tahun dulu pun dah pudar dek sinaran sang mentari.

Haaa...itulah bas Abang Ujang.

Abang Ujang yang berbicara pelat jawa tapi tak mengaku jawa, perasan hensem dan loyar buruk tahap kelas pertama. Kalau nak tahu, pelampung warna-warni itu ialah momento percubaan berenang merentasi sempadan laut Johor dan Singapura. Abang Ujang kata pelampung sangkut kat leher, apabila nak lemas, tiup la pelampung tu. Walaupun kesahihan cerita itu diragui, pelampung itu tetap menjadi trademark bas Abang Ujang buat sekian lamanya.

Maka, apa signifikasi Abang Ujang dalam kehidupan si nenek kebayan?

Hoho...kalau perlu tahu, sebelum si nenek kebayan menjadi nenek kebayan, nenek ialah si budak yang pendiam, malu2 meow dan sangat pemalu. Ketika dia naik darjah 4, Abang Ujang suruh dia duduk kat depan, kat passenger seat, fuiyooo...cuak sebab masa tu budak2 besar (perempuan aje) yang dapat duduk depan. Jadi, daripada saat itu bermulalah proses latihan loyar buruk Abang Ujang.

Proses latihan Abang Ujang nih ada banyak elemen. si nenek yang ketika itu si comel yang naif diajar untuk menjawab soalan2 teka-teki yang pastinya jawapannya sangatlah...bukan budusss tapi di luar jangkaan. * batuk..batuk...* Abang Ujang juga suka tanya soalan dan tak puas hati kalau jawapan yang diberikan biasa2 saja. Jawapan kepada soalan asas seperti 'apabila besar nak jadi apa?' perlu dijawab dengan huraian panjang lebar, ada unsur lawak budusss dan paling mantap kalau disertakan unsur sinis untuk mengenakan si penanya soalan kembali.

Kata Abang Ujang:
" Tasniim, ko belajar susah2, tinggi2 tapi kalau soalan senang pun ko tak boleh jawab macam mana ko nak berjaya? Lawyer berjaya bukan sebab dia pergi universiti, lawyer berjaya sebab dia loyar buruk! Tasniim kena pandai loyar buruk. Biar Abang Ujang ajar Tasniim..haaa..."

Maka, setelah 3 tahun di bawah latihan tubi setiap hari Abang Ujang semasa balik sekolah, pegi-balik sekolah agama dan sewaktu tunggu murid-murid second trip, si nenek makin berani tahap semua hujah Abang Ujang boleh dipersoalkan kenapa, bagaimana, betul ke, siapa dan lain2. Asal borak dengan Abang Ujang mesti macam bergaduh...dan selalunye si nenek la yang kalah tahap bengang, sakit hati nak nangis dan tahap maksima mahu saja belasah Abang Ujang dengan beg sekolah! Antara perkara best pasal ialah Abang Ujang tak kisah dipow tapi kena berjaya ayat dia untuk keluarkan duit seringgit untuk beli aiskrim daripada apek bawa motorsikal. Susah wooo...

Tapi sayang, apabila naik sekolah menengah Abang Ujang dipinggirkan. Bukan sebab sombong cuma masa tu, poyo2 rasa kurang manis berbicara dengan Abang Ujang secara mesra terlampau. Dah kata bukan budak2 lagi. Masa tu bajet2 matang dan dewasa aaa...kena jaga diri dan perlakuan lalaladotdotdot.

Asal tetiba teringat Abang Ujang?

Sang Dollah telah upload lagu 'Terkenang Semasa Dulu' oleh R.Azmi. Lagu ini ialah antara lagu berhantu bas Abang Ujang. Bayangkan 6 tahun dengar lagu yang sama berulang2 memang tahap hafal dalam tido pon boleh nyanyi. Video versi karoeke yang diupload oleh allynaaa kat bawah ni dipilih jadi 'feature' sebab semalam Sang Dollah pasang lagu kuat2 satu rumah dengar berulang2.

Masyuk...nostalgia betul.






p/s: Belum lagi mencapai tahap loyar buruk Abang Ujang ;)

9.9.09

Usaha memahami Malaysia dan hak keistimewaan orang Melayu

Ada itu hari borak-borak dengan seorang pakcik tua berjiwa muda pasal ketuanan orang Melayu. Banyak gak informasi2, fakta2 dan hujah2 yang telah pakcik tu utarakan sampai berdesing telinga mendengar. Persoalan pemikiran naif yang bermain dalam pemikiran masa itu ialah kalau orang Melayu saja yang dapat hak istimewa, bagaimana dengan nasib kaum2 lain yg juga berwarganegara Malaysia? Diorang pun sayang Malaysia dan sangat patriotik. Saya yakin yang mereka juga sanggup mati untuk mempertahankan negara. Jadi, sebagai rakyat berketurunan Melayu yang kurang arif mengenai sejarah pembentukan Malaysia, saya telah berasa sangsi tentang kepentingan ketuanan Melayu di Malaysia ini.

Uisshh, marah pakcik tua itu!

Katanya, ketuanan Melayu penting untuk menjaga kesejahteraan Malaysia itu sendiri. Sebenarnya, dalam akta ( lupe akta ape..) bukan sebut Melayu sahaja malah bumiputera, orang asli, puak2 yang dekat Sarawak dan Sabah dan kaum2 lain sebagai rakyat2 yang berhak mendapat hak keistimewaan. Kita asyik fikir Melayu lupa pula kat orang asli dan bumiputera yang lain. Bak soalan encik Whung di blog Stay True till the End, apakah yang telah dilakukan oleh melayu Tanah Malaya untuk membela bumiputera di Sabah dan Sarawak? Selfish dan sempit betul kita kalau asyik cakap pasal melayu je. Perasan best!

Artikel ini bukannya untuk memberi informasi atau hujah2 untuk menegakkan benang yang basah sebab saya sendiri baru nak explore2 mencari makna disebalik semua laungan ahli2 politik yang serabut kepala saya cuba faham apa yang nak disampaikan. Tujuan artikel ini dipostkan di sini hanyalah semata2 untuk berkongsi pemikiran confuse majoriti rakyat Malaysia yang tak ambil tahu pasal sejarah Malaysia tapi nak buat2 macam pakar dalam isu-isu negara padahal kebanyakannya didapati dari hasil perbualan di kedai kopi dan mamak atau sekarang dah beralih ke kopitiam.

Sukar untuk saya berkongsi informasi berfungsi daripada pakcik tua itu kerana kapasiti memori saya sangatlah rendah. Tapi, marilah kita cuba memahami kenapa Malaysia menjadi Malaysia yang kita kenal ni melalui website2 berikut:



3.

Sila usha video ini tanpa rasa bias. Dua2 pemimpin ni cuba sampaikan sesuatu mengenai ketuanan Melayu. Sama2 lah kita cuba faham...sebab saya pun masih cuba nak faham *___*

p/s: I like Wongsie Whung: Stay True till the End blog!


1.9.09

Tokmak bb

Malam Sabtu itu berbuka puasa di rumah tokmak.
" Kenapa jarang datang? Kereta mana?"
"Niim takde keta aa tokmak...belum dapat lagi"
"Hmm..ingat nak pegi pasar ke..shopping-shopping ke.."
" Niim dapat je keta, InsyaAllah Niim akan datang selalu pastu kita gi shopping kat kedai pokok bunga ok?"

Tokmak sudah hidup lebih 8 dekad. Masih kuat dan cergas.
Tasniim baru hidup kurang 3 dekad. Sudah ada rasa malas dan bagi banyak alasan.

Macam mana nak jadi wanita bionik seperti tokmak?
Berusaha yossh!