27.8.09

Semasa di Pasar Seni

Perbualan hati ke hati dua adik-beradik di depan pintu masuk Pasar Seni kat lot kedai pertama yang menjual barangan perak

nenek:
fuiyoo...canteknye jam ni Fa! Klasik dan design dia sangat exquisite...nim nak...tapi tak mahu la beli sendiri, nak orang bagi.

sang dollah:
err...

nenek:
ok...nim cik abang nim yang bagi lah! Hee...

sang dollah:
kak nim ade cik abang ke?

nenek:
takde. Tapi kena cari aa sekarang sebab nim nak jam tuh..owh..and bracelet tuh juga! Nim tahu, nih untuk hantaran!

sang dollah:
Maknanya sebelum nih kaknim tak pernah fikir pasal nak kahwin ke?

nenek:
Tak. Baru nak fikir la ni hehe. Hmm...pernah fikir nak ada Levis jeans atas dulang...

Kesimpulan:
Sang dollah terpaksa dengar list hantaran dan wedding plan si nenek sepanjang perjalanan LRT ke Stesen Sentral.

Sejenak selepas Pasar Seni

Perbualan ilmiah dua adik-beradik di dalam kereta:

sang dollah:
Naruto dah keluar...

nenek:
Naruto makin bosan.Nape Naruto makin lama makin tak bes?

sang dollah:
Orang lukis komik tuh dah malas..

nenek:
Agak aa...cincai betul lukisan, dah takde impak emosi dalam scene.

sang dollah:
drawings dah jadi kotak2, background dah tak detail, sayang betul Naruto dah tak macam dulu...One Piece gak yang best.

nenek:
A'aa One Piece best betul! Setiap drawing berjaya tunjuk emosi dan siyes nim rasa macam nim dalam cerita tu. Hebat btul!

Kesimpulan perbualan:
Mungkin Masashi Kishimoto nih kena H1N1, maka assisstant dia yg ganti lukis.

23.8.09

Ada apa dengan rindu?

Tahu tak rindu tu apa?

Rindu ialah sejenis awan yang jarang muncul di langit,
memang pelik sebab langit dah cerah
biru terbentang luas
tanpa rona putih kekelabuan...
tetiba sesat ada rindu.

Terasa seperti cacat panorama indah.
Tapi lagi sekali pandang...
macam kena pula dengan langit yang kosong itu.

Yang pastinya,
rindu itu bisa mengusik deria,
buat jiwa kacau memikirkan langit tanpa rindu
atau langit ada rindu yang lebih indah...

Thank you hidayah for introducing me to motion pictures ^__^